BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL UJIAN PSIKOMETRIK?
Ujian psikometrik SPA hanya boleh diambil secara online. Oleh itu anda perlukan talian internet dan juga laptop ataupun komputer.
Anda boleh mengambil ujian menggunakan smartphone.
Tetapi disarankan supaya anda gunakan laptop ataupun komputer sahaja untuk menjawab soalan ujian.
Portal untuk ujian psikometrik online SPA boleh diakses melalui link di bawah ini.
http://psikometrik.spa.gov.my
Anda hanya mempunyai tempoh masa selama 24jam sahaja untuk menjawab soalan ujian secara online selepas menerima makluman dari SPA.
Pastikan ada selalu semak emel dan juga sms untuk makluman dari pihak SPA mengenai tarikh ujian anda.
Sebab ada kes calon terlepas mengambil ujian ini kerana mereka tidak memeriksa emel mereka.
Yang menariknya, untuk ujian psikometrik ini anda boleh menjawab soalan ujian pada bila-bila masa sahaja asalkan ia diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan.